PERANTARA SIHIR

December 16, 2006

Perantara sihir adalh di ertikan kepada alat atau bahan atau apa sahaja yang diperluakan oleh tukang sihir untuk mengenakan mangsa sihir. Misalnya serpihan kuku, rambut, seluar dalam atau cebisan pakain lain, gambarfoto, coli juga boleh, bulu roma, cebisan kulit dsb. Perantara ini akan dipuja supaya mengenai mangsa. Sebab itu orang tua tua dulu sering berpesan terutama kepada anak dara supaya membakar cebisan kuku dan menanam rambut. Begitu juga cebisan pakaian yang sudah terpakai jangan di buag tetapi di bakar atau di taman.
Ada juga sihir tidak pakai perantara teoai menggunakan perantara semula jadi seperti angin, bunyi, cahaya bulan dsb. atau perantara yang tidak ada kaitan dengan tubuh si mangsa tetapi terdiri dari logam tertentu seperti paku, keris dsb.
Saya biasa turut dalam satu upacara sihir disebuah rumah usang, di mana tukang sihir menggunakan paku dan tali yang ditikan keatas gambar seorang perempuan. Macam Vodoo…si mangsa dikatakan akan menjerit pedih seperti tertikam….sewaktu memaku gambarfoto itu kawan saya melihat seperti darah keluar darinya tempat paku….saya tidak nampak apa apa. Tukang sihir itu memandang saya lalu berkata “Maaf saya tidak boleh duduk lama di sini…Tok tak boleh datang ketempat ini…..”
Orang berkenaan menghulurkan wang 100 ringgit kepada tukang sihir yang kemudianya bergegas keluar…..

APA KATA INJIL MENGENAI SIHIR

December 15, 2006

“Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, TANDA-TANDA [simeon] dan MUJIZAT-MUJIZAT PALSU [tyros], dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa karena mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran [firman Tuhan] yang dapat menyelamatkan mereka. Dan itulah sebabnya Allah mendatangkan kesesatan [strong delusion] atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta,”
(2 Tesalonika 2:9-11)

“Dan aku melihat dari mulut naga dan dari mulut binatang dan dari mulut nabi palsu itu keluar tiga roh najis yang menyerupai katak. Itulah roh-roh setan yang mengadakan PERBUATAN-PERBUATAN AJAIB [simeon], dan mereka pergi mendapatkan raja-raja di seluruh dunia [yaitu orang-orang mengaku mempunyai hubungan dengan Kristus yang adalah Raja dari segala raja], untuk mengumpulkan mereka guna peperangan pada hari besar [Harmagedon], yaitu hari Allah Yang Mahakuasa.”
(Wahyu 16:13)

“Dan ia mengadakan TANDA-TANDA YANG DAHSYAT [simeon], bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi DI DEPAN MATA SEMUA ORANG. Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu.”
(Wahyu 13:13)

“Tetapi manusia lain, yang tidak mati oleh malapetaka itu, tidak juga bertobat dari perbuatan tangan mereka: mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala-berhala dari emas dan perak, dari tembaga, batu dan kayu yang tidak dapat melihat atau mendengar atau berjalan, dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, SIHIR, percabulan dan pencurian.”
(Wahyu 9:20-21)

“Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang SIHIR, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua.”
(Wahyu 21:8)

“Raja [Iblis] itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian [Pembinasa keji] akan datang yang membinasakan [di tempat kudus], sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu.”
(Daniel 9:27)

“Tentaranya [tentara Iblis] akan muncul, mereka akan menajiskan tempat kudus, BENTENG ITU, menghapuskan korban sehari-hari dan menegakkan kekejian yang membinasakan [Pembinasa Keji]. Dan orang-orang yang berlaku fasik terhadap Perjanjian akan dibujuknya sampai murtad dengan kata-kata licin; tetapi umat yang mengenal Allahnya akan tetap kuat dan akan bertindak.”
(Daniel 11:31-32)

“Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara. Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu. Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, dan terimalah ketopong keselamatan dan PEDANG ROH, yaitu firman Allah.”
(Efesus 6:11-17)

web saya yang lain

KESAN TERKENA SIHIR

December 15, 2006

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

I. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.

Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

“Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak­ awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang rnenghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: ‘Aku telah melakukan begini dan begitu...’ (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata: ‘Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa’. Kernudian apabi/a ada seseorang lain yang berkata: ‘Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya’, maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: ‘Ya! Engkaulah orang yang bijak’ “. Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suarni isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..

Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.

2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba

3. Tiada perasaan timbang rasa.

4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.

5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri. Contoh : suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:

“Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”

II. Sihir pengasih atau sihir kasih sayang

Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:

“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

Kesan sihir

1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.

2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.

3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.

4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan permintaan pasangannya.

5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.

III. Sihir Pukauan

Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.

Contoh :

1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.

2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.

3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­

IV. Sihir Gila

Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis dan katanya:

Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk memeluk agama Islam. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:

“Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”

Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:

“Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”

“Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri

2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit

3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.

4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.

5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.

6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.

7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.

V. Sihir menyendiri atau keseorangan

Kesan sihir

1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)

2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.

3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.

4. Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.

5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.

6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.

7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orang yang disihirnya. Jin itu masuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian otak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.

VI. Sihir Histeria

Kesan sihir

1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.

2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.

3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.

4. Mengalami perasaan was-was.

5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.

6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.

7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.

8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan ­haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak dikenali. Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.

VII. Sihir Penderitaan sakit

Kesan sihir

1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.

2. Kerapkali diserang penyakit sawan.

3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.

4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.

5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit ­penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi kebas-kebas, seram sejuk, pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.

VIII. Sihir Pendarahan (Istihaadah)

Kesan sihir

Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran ­saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat ­kuatnya . Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.

Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:

“Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan”
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih. Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid”

Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan. Dalam an Nihaayah (m/s:469), Ibnu Al Athir telah berkata:

“Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya.”

Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.

IX. Sihir gagal perkahwinan

Kesan sihir

Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir,tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan. Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa. Keadaan masa yang dimaksudkan adalah :

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.

b)Ketika mangsa kemarahan.

c)Ketika mangsa lupa.

d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:

1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.

2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).

9. Sihir mati pucuk

Kesan sihir

Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks. Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.

Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing. Akhirnya, batang zakar yang pada. asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.

X. Sihir mandul

Kesan sihir

Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :

1. Mandul Anggota Kelamin
Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.

2. Mandul Kerana Sihir
Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.

Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah

web saya yang lain

AMALAN SIHIR

December 15, 2006

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan diri mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.

2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.

3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.

4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.

5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan

6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.

7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.

8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.

9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh

10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak

web saya yang lain

ASAL USUL SIHIR

December 15, 2006

Sihir sebagai salah satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah, dijelaskan di dalam surat Al-Baqarah ayat 102 tentang kisah dua Malaikat:

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:”Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarkan ayat (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di Akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”(Al-Baqarah:102)

Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa sesiapa yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari hal-hal yang hanya mendatangkan mudarat kepada diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah s.w.t. Ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang bakal menimpa mereka di dunia ini dan di Akhirat nanti. Mereka sesungguhnya telah memjualkan diri mereka dengan harga yang amat murah, itulah sebabnya Allah berfirman :

“Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui.”

Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis amalan perdukunan serta tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah s.w.t memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar senantiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah terhadap mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala amalan keji yang mereka lakukan.

Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia!.

ISLAM DAN SIHIR

December 15, 2006

ISLAM DAN SIHIR
December 15th, 2006 by tajulmuluk

Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

“Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka.” (al-Baqarah: 102)
Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang bisa merusak dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada pribadi seseorang, dan dapat menurunkan derajat pelakunya di dunia ini sebelum pindah ke akhirat. Justru itu Nabi bersabda:

“Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

“(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul.” (al-Falaq: 4)
Haramnya sihir di sini tidak hanya terbatas kepada si tukang sihirnya saja, bahkan meliputi setiap yang percaya kepada sihir dan percaya kepada apa yang dikatakan oleh si tukang sihir itu.

Lebih hebat lagi haram dan kejahatannya apabila sihir itu dipergunakan untuk tujuan-tujuan yang haram, seperti menceraikan antara suami-isteri, mengganggu seseorang dan sebagainya yang biasa dikenal di kalangan ahli-ahli sihir.

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syetan-syetan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syetan-syetan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan, ‘Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kalian kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudlarat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudlarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnyaa mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah keuntungan baginya diakhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Al Baqoroh: 102)

web saya yang lain

ALAM GHAIB

December 14, 2006

Keanehan alam adalah bermula dari keanehan manusia itu sendiri. Mengapa ada orang ke Khutub Utara atau Selatan, mengharungi kesejukan dan menempah maut? Mengapa ada orang memanjat Gunung Everest, menyiksa badan dan juga menempah maut? Mengapa ada orang mencuba sesuatu yang pelik dan luarbiasa? Apa yang dikehendakinya? Wang?, nama?, atau apa?…..kenapa manusia jadi bodoh dan sombong?…Tanyalah mereka, apa yang dijumpainya di Khutub Utara atau di atas Gunung Everest itu?

Keanehan alam makin aneh apabila manusia mencari keanehan lagi dari alam nyata mereka. Mereka mencari apa yang ada di sebalik alam nyata ini…..mereka mencari pula apa yang ada di alam ghaib itu.

Mengapa boleh ujud keanehan dan kerahsiaan alam ? Sebab setipa sesuatu yang dijadikan Allah adalah berpasangan, kerana ada pasangan itulah yang menimbulkan keajaiban dan kerahasian- contuhnya jika ada siang sahaja di dunia ini,tiada ada apa rahsianya,tetapi bila ada malam barulah timbul rasa taajubnya, begitu juga ada bumi ada space, ada proton ada nuetron, ada lelaki ada perempuan, ada tanah pamah ada gunung ganang, ada daratan ada lautan, ada perut bumi ada perut lautan, ada ada ada dan macam macam lagi……

Sekarang lihat bidang yang kita bincangkan ini…..ada alam nyata berpasang dengan alam ghaib…ada manusia, ada malaikat, ada dunia ada akhirat….ada malaikat ada syaitan…..ada sains ada sihir…..manusia ada tubuh, pasangnya ada jiwa….. jiwa adalah alam ghaib. anda tak boleh nampak jiwa samalah juga adanya dawai letrik tetapi anda tak boleh nampak arus letrik itu…. Anda tak nampak jiea tapi anda boleh rasa adanya jiwa…anda tak nampak minda, tapi anda boleh rasa adanya minda….anda tak boleh nampak syaitan tapi anda boleh rasa adanya….anda tak boleh nampak Tuhan tapi anda rasa adanya…….

web saya yang lain


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.